Sunday, July 18, 2010

BUKU LOG LENCANA USAHA

Lencana Usaha

A. Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan
5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap
4. Halangan komando
5. Melipat dan mengibarkan bendera

C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
2. Simpula & ikatan : -
- Simpul Himpit
- Simpul Pulih
- Bunga Geti Ganda
- Lilit Balak
- Lilit Taut-line
- Ikat Seraya
- Ikat Serong
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya
4. memilih tapak perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
6. Alatan pertolongan cemas peribadi
7. Menghidupkan api
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo
10. Isyarat sulit Pengakap
11. Mengembara 6km

D. Kecenderungan dan Minat
1. Kraftangan
2. Plaster cast
3. Rekod 12 orang sahabat pena

E. Perkhidmatan
1. Balutan anduh
2. Tindakan kecemasan
3. Memandu orang

Sumber : http://kingscout.50webs.com/6.htm

Bendera Malaysia Dan Negeri

Bendera Malaysia

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur ( 7 merah, 7 putih )yang melintang dan lebarnya sama , tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.

  1. Johor
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Melaka
  5. Negeri Sembilan
  6. Pahang
  7. Pulau Pinang
  8. Perak
  9. Perlis
  10. Sabah
  11. Sarawak
  12. Selangor
  13. Terengganu
  14. Kerajaan Persekutuan

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan

Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Sumber : http://www.geocities.com/CollegePark/Lab/7966/maksud.htm

Bendera Negeri

Menyatakan Maksud Bendera Negeri sendiri kepada penguji untuk lulus.

Negaraku Dan Lagu Negeri

Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Lagu Negeri

Menyanyikan lagu negeri sendiri untuk lulus.

Menaikkan Bendera

2 cara untuk menaikkan bendera yang biasa diamalkan dalam pergerakan pengakap ialah:

1) menaikkan bendera sambil menyanyi

2) mengibarkan bendera dalam istiadat menaikkan bendera.

Antara peraturan-peraturannya ialah:

a) Pengakap bertugas mesti memakai pakaian seragam pengakap,

b) Satu bendera seorang pengakap.

c) Pastikan bendera diikat dengan kedudukan yang betul dan tidak songsang.

d) Mengikut kedudukan bendera.

e) Bendera diletakkan di atas bahu kanan pangakap dan kedua-dua tangan memegang pada tali.

f) Pengakap berbaris dalam patrol.

g) Ketua kumpulan menPengakap berbaris dalam patrol.

h) Ketua kumpulan menebut perkataan ‘Lagu Negaraku’, semua ahli menyanyi lagu kebangsaan secara serentak.

Kedudukan Bendera

1) Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.

(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri)

2) Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.

(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia)

3) Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.

(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia) (Bendera Syarikat/ Badan)

4) Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.

(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri) (Bendera Syarikat/ Badan)

Orang Kenamaan

1) DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhumSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

2) DYMM raja permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah

3) Menghafal dan menyatakan nama ketua negeri sendiri kepada penguji untuk lulus.

4) Menghafal dan menyatakan nama penuh menteri besar/ketua menteri negeri sendiri untuk lulus.

Asas Perbarisan

1) Masuk Baris

- Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan.

- Semua ahli pengakap masuk baris.

2) Sedia

- Berdiri tegak.

- Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm.

3) Senang Diri

- Bukakan kaki kiri ke kiri.

- Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.

- Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.

4) Rehatkan Diri

- Seperti senang diri.

- Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

5) Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.

- Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.

- Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.

- Kemudian, menggengam tangan dan hulurkannya ke sebelah bahu pengakap di kanan dan memandang ke muka pengakap di kanan.

- Seterusnya, betulkan kedudukan dan pada masa yang sama, pengakap yang berada di belakangmengikut menggerakkan sehingga kedudukannya selari dengan pengakap lain.

- Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendenggar arahan pandang depan.

6) Ke kanan/ kiri Pusing

- Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.

- Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia.

7) Kebelakang pusing

- Seperti dengan ke kanan pusing.

- Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.

8) Buka Barisan

- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.

- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.

9) Tutp barisan

- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.

- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.

10) Langkah Ke Sebelah

- Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e kiri.

- Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri.

11) Paras

- a) Paras ahli tinggi di tengah

- b) Paras ahli rendah di tengah

- c) Paras ahli tinggi di kiri

- d) paras ahli tinggi di kanan

- Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :

# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras

# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )

# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 …)

# yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6…)

# jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan)

# Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke

kiri, barisan genap dan ganjil… paras.

# Jadikan 3 barisan… cepat jalan.

12) keluar Baris

- diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.

- Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.

13) Bersurai

- Sama seperti keluar baris.

- Perbezaannya ialah hukuman ini diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.

Kawat Tongkat

1) Rehatkan Diri

- Seperti dengan sedia.

- Perbezaan ialah tangan kanan lurus ke hadapan dengan mengambil tongkat.

*Kedudukan tangan rendah daripada bahu.

2) Senang Diri

- Seperti dengan rehatkan diri.

- Perbezaan ialah kedudukan tangan tidak rendah daripada bahu.

3) Sedia

- Kedudukan sedia tongkat sama dengan kedudukan sedia tanpa tongkat. - Tongkat dipegang menggunakan tangan kanan dengan keadaan ibu jari supaya mencengkam tongkat dan luruskan siku.

- Tapak tongkat berada di atas tanah.

4) Baring tongkat

- Pengakap turunkan tubuh secara menegak.

- Kaki kiri dihentak ke hadapan.

- lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.

- Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.

- Berdiri sedia tanpa memegang tongkat.

5) Angkat Tongkat

- turunkan tubuh secara menegak.

- Kaki kiri dihentak ke hadapan.

- lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.

- Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.

- Ambil tongkat dengan tangan kanan dan kemudian berdiri dalam keadaan sedia.

6) Kalih Tongkat Semasa Turun Tongkat

- Dlam keadaan sedia.

- Ambil tongkat dengan tangan kiri tanpa menggerakkan bahagian atas lengan kiri.

- Aihkkan tongkat ke sebelah kiri dengan pergerakan lengan 90° tanpa mengangkat pangkal tongkat.

- Tangan kanan diangkat apabila doa dibacakan.

7) Hormat dengan Tongkat

- Angakat tangan kiri dengan menggunakan 3 jari dan mencecah tongkat untuk memberi hormat.

Isyarat Tangan Pengakap

Halangan Komando

crawl

3) Melalui tali goyang

4) Malalui titi komando

5) Memanjat tembok

6) Memanjat pokok

7) Memanjat Tali

8) Bergayut tali

9) Memanjat tangga

10) Menyusupi halangan tayar di atas tanah

11) Menyusupi halangan tayar yang di gantung

12) Berjalan di atas benteng kayu

13) Memanjat jaring

Melipat Dan Mengibar Bendera

1) Ketua & penolong ketua patrol bertugas perlu melipat bendera Malaysia pada pagi semasa perkhemahan.

2) Hanya 2 orang sahaja yang perlu melipat bendera.

3) Ikat bendera pada tali tiang bendera dan memastikan bendera kemas dan tidak terbalik.

4) “Merujuk gambar.”

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)

Undang-undang Lalu Lintas

Pejalan Kaki

1) Berjalan di kanan jalan.

2) Jangan berlari / bermain di jalan raya.

3) Menggunakan tempat lalu isyarat, jejantas dan tempat yang disedia khas untuk melintas jalan raya.

4) Melintas jalan selepas anda menurun bas dan bas tersebut bergerak jauh.

5) Jangan Berebut-rebut menaiki bas.

6) Mendengar nasihat guru-guru dan pemimpin pengakap tentang keselamatan jalan raya.

Penunggang Basikal

1) Basikal sentiasa dalam keadaan baik.

2) Tidak menunggang basikal berkumpulan.

3) Menunggang dalam satu barisan.

4) Sebelum membelok ke kanan, pastikan belakang anda tidak ada kenderaan lain di belakang.

5) Jika ada kenderaan, berikan isyarat tangan dan bergerak ke tengah jalan, dan tunggu peluang melintas jalan raya.

6) Memahami dan tahu isyarat-isyarat jalan raya.

7) Menunggang di kiri jalan.

8) Janagan bergurau, berlumba dan mengikut cara yang tidak sepatutnya semasa menunggang basikal.

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)

Memilih Tapak Perkhemahan

1) Mendirikan khemah di kawasan yang rata, tinggi, bersih dan tidak mempunyai batu-batan, lubang-lubang, dll.

2) Periksa kawasan yang dipilih tidak mempunyai sarang semut/ lain-lain serangga.

3) Tidak mendirikan khemah ke arah matahari. ( Pintu )

4) Tentukan arah angin. Mendirikan khemah ke arah angin.

5) Tidak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua.

6) Jika 2 buah khemah/ lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-eloknya seluas dua orang berjalan bersaingan.

7) Tidak mendirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renik kerana tempat tersebut mungkin terdapat binatang berbisa atau ular.

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)

Keperluan Peribadi Berkhemah

1) Pakaian Seragam Pengakap

2) Pakaian Lain ( T-shirt, seluar, seluar dalam, dll. )

3) Tikar

4) Peralatan ibadat

5) Pisau kecil, parang, dll.

6) lampu picit

7) Alat kegunaan makan ( pinggan, sudu, dll. )

8) Minyak rambut, cermin bedak, dll.

9) Bekalan Makanan yang cukup.

10) Bantal, Kain selimut

11) Duit yang cukup ( tidak membawa duit yang terlalu banyak )

12) Alat tulis

13) Lain-lain keperlyuan jika perlu.

Alat Pertolongan Cemas Peribadi

1) Pembalut (plaster, kain, pembalut segi tiga, dll.)

2) Kapas, penyepit, gunting, dll.

3) Minyak angin ( sakit perut )

4) Denttol ( Pembasuh Luka )

5) Milk of Magnesia ( sakit perut / sembelit )

6) Krim antisan ( gigitan serangga )

7) Panadol ( sakit kepala dan demam biasa )

8) Optone ( sakit mata )

9) Burnol ( terbakar )

10) Vicks ( sakit tengkuk selesema )

Menghidupkan Api

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)

Arah Mata Angin Dan Menggunakan Kompas

Arah Mata Angin

N : Utara

E : Timur

S : Selatan

W : Barat

NNE : Utara Utara Timur

NE : Timur Laut

ENE : Timur Utara Timur

ESE : Timur Selatan oooooTimur

SE : Tenggara

SSE : Selatan Selatan ooooo ooooTimur

SSW : Selatan Selatan ooooooBarat

SW : Barat Daya

WSW : Barat Selatan opooooBarat

WNW : Barat Utara oooooooBarat

NW : Barat Laut

NNW : Utara Utara ooooooBarat

Cara Menggunakan Kompas

Kompas Silva

Perkara yang mesti diperhatikan semasa menggunakan :

1) Sentiasa memeriksa bearing kompas ( arah yang hendak dituju )

2) Jika boleh, bawalah alat altimeter untuk mengukur ketinggian dari aras laut.

3) Tentukan sesuatu objek (pokok besar, batu besar, dll ) di hadapan sebagai tanda.

Isyarat Sulit Pengakap

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)

Balutan Anduh

Pembalut

- Terdiri daripada sejenis kain putih ( lebih kurang 140cm x 90cm x 90cm )

- digunakan untuk:

a) menuap

b) menjauhkan benda yang patah daripada bengkak

c) menyapu bahagian cedera

d) menahan darah

e) menolong mengangkat pesakit

Anduh

Digunakan untuk mengampu & merehatkan anggota atas serta menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu & leher.

Terdapat 3 jenis anduh, iaitu anduh besar, anduh leher dan lengan, dan anduh segi tiga.

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)

Tindakan Kecemasan

- Sebelum memberi rawatan kecemasan pertolongan cemas, pengenalan punca penyakit adalah penting.

- Lakukan pertolongan cemas secara tertib, segera, senyap, tidak gugup atau panik.

- Pulihkan nafasnya jika pernafasan sseseorang terhenti.

- Tahu tempat-tempat yang terkeluar darah.

- Jangan membenarkan pesakit bercakap sesuatu yang tidak penting.

- Tenangkan pesakit dengan memberitahunya perangsang-perangsang, seperti 'kamu akan pulih segera', 'luka kamu kecil sahaja' yang dapat meniggikan semangatnya dan tenangkannya.

- Jangan biarkan orang berkumpul dan mengelilinginya.

- Jangan tangalkan bajunya jika tidak perlu.

- Bawanya berjumpa dengan doktor segera.

- Beritahu keluarganya atau sahabat terdekatnya.

Mengetahui Tempat-tempat Penting.

Mempunyai pengetahuan tentang perkhidmatan umum pengangkutan tempatan, tempat-tempat bersejarah dan tempat penting seperti klinik kesihatan, balai polis, balai bomba, stesen bas & sebagainya.

Melukis tempat-tempat penting di dalam daerah kaum.

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)

Memandu Orang

Setelah mengetahui tempat-tempat penting di dalam daerah kamu, kamu dikehendaki menunjukkan jalan kepada orang yang baru datang ke tempat kamu.

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)

3 comments:

  1. Please have my permission first before posting my site!

    http://hanyc93.webs.com/lencanausaha.htm

    ReplyDelete
  2. where is the berkhemah sekurang-kurang satu malam, kraftangan and plaster cast
    i need it to pass my Usaha exam lah

    ReplyDelete
  3. Tq because of this web my log usaha has done thanks again

    ReplyDelete